Assalamualaikum. Pejam celik pejam celik, this year tahun kedua berpuasa di perantauan. Tipu lah kalau cakap tak rindu berpuasa dgn family. I spent 19 years dgn family, tak pernah berenggang. Tapi alhamdulillah, puasa tahun lepas was fine, in fact, rasanya puasa kat sini lebih tenang, tak byk kerenah, makan pun tak la mewah mcm kat malaysia, takde nak beli makanan ikut nafsu, air pun nak 3 4 jug. Hopefully this ramadhan would be better. Rezeki alhamdulillah ada je sebenarnya. Tp puasa kan bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga, it's definitely beyond that. Kalau puasa untuk berbuka dgn makanan yg sedap sedap, haa itu je la yg kita akan dapat. Kalau puasa hanya kerana kita dah diajar dr kecil kena puasa sebulan setiap tahun without faham apa erti ramadhan, tak boleh jugak kan. Bukanlah nak kata aku ni hebat dlm beribadah, Ya Allah jauh sesekali, byk sangat kekurangan, hanya Allah yg tahu betapa aku berdosa terhadap Dia, hati yg kini penuh dgn tompok hitam. Nak berdoa minta itu ini rasa hina dan malu, tp Allah Maha Penyayang, aku masih bernafas sampai saat ini, nikmat yg tak terkira nilainya. Tp aku tak nak putus asa, putus asa dgn rahmat Allah. No. Orang selalu ingatkan aku pintu taubat Allah sentiasa luas terbuka, yes if we make taubah insyaAllah, Allah forgives us, provided we have the will to be a better muslim. I have my own resolution for this ramadhan, and I'm sure you guys have one as well. InsyaAllah, I will try my best to fulfill it. Since ramadhan is a month with full or barakah, why not we double up our good deeds and try the least that we can to not commit sins (note to self)
Ya Allah, untuk meminta segala mcm benda padaMu membuatku rasa kekurangan dan hina, tp dengan siapa lagi aku patut menadah tangan ini kalau bukan padaMu. Sesungguhnya aku tahu Kau maha mendengar, walau bibirku tak terungkap dgn sejuta penyesalan dalam doaku, tp aku tahu Kau maha mengetahui, saat aku bersujud dan mengalirkan air mata, saat aku membaca ayat ayatMu dan mengalirkan air mata, saat aku berzikir dan mengalirkan air mata, saat aku menadah tangan dan hanya mengalirkan air mata tanpa berkata apa apa, ketahuilah hatiku Ya Rabb, aku rindu padaMu, dlm diriku penuh dgn rasa berdosa dan inginkan rahmatMu, mengharapkan pengampunan dariMu. Semoga Kau permudahkan segala urusanku, urusan ibadahku, berikan aku kekuatan utk sentiasa mengingatiMu. Ameen Ya Rabb.